Tuesday, February 12, 2008

Akiramenaide!!!


Akiramenaide!!!
(Don't Give Up!!!)

"Arwa, kau tau tak?" Samira cuba berteka-teki.
"Tak tau..." Muazara menjawab selamba sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tunggu la aku nak bagitau nie. Kau ni, gopoh la." Samira seakan-akan memarahi Muazara.
"Hek eleh. Tadi bukan kau ke yang nak berteka-teki dengan aku? Lepas tue, kata aku gopoh pulak." Muazara memandang Samira. Samira hanya tersenyum kambing.
"Amende berita yang kau dapat pulak kali ini, 'Minah Reporter'?" perli Muazara.
"Minah Reporter? Apa punya gelaran tu? Hi...tak famous langsung nama tu. Lain kali, kau panggil la aku 'Cute Reporter' ke? Baru la ngancam." Samira tersengih-sengih.
'Cute Reporter? Cute ke dia nie? Aku rasa, tak pun.' Muazara hanya bermonolog di dalam hati. Muazara tersenyum.
"Hah, kau ni apehal tersenyum sengsorang? Mesti ngumpat aku ni," tanya Samira separuh marah.
"Takde la. Aku cuma teringat gelagat kucing aku bermain semalam. Kelakar la." Muazara cuba berdalih.
"Kau nie, tak habis-habis pikir pasal kucing," perli Samira.
"Ye la. Bagi aku, kucinglah makhluk hidup yang paling aku sayang. Eh, dah terkeluar topik ni. Actually, berita apa yang kau dapat rembat hari ni?" Muazara mula tersedar dan cuba mengupas topik asal.
"Tadi kan, aku jumpa sorang mamat kat pejabat sekolah. Hensem siot. Aku pun borak-borak la dengan dia. Tak sangka, rupa-rupanya dia student baru kat sekolah kita ni. Dia sama form dengan aku dan kau. Aku tengok kan, student pompuan yang tengok dia, semuanya mata terbeliak. Lepas itu, diorang jalan terhuyung-hayang cam orang mabuk je selepas tengok mamat tu." Samira bercerita bersungguh-sungguh. Muazara boring mendengar cerita Samira lantas dia menguap.
"Eh, tengok kucing tue. Comelnya..." Samira lantas berkata sedemikian setelah melihat Mauzara menguap.
"Kucing? Mana?" Mata Muazara menjadi segar semula apabila mendengar perkataan 'kucing'. Kepalanya melilau-lilau mencari kucing yang dimaksudkan oleh Samira.
"Hehehe...aku gurau jek. Kau ni, kalau cakap pasal kucing, laju je tanya. Kalau cakap pasal lelaki, mesti kau ngantuk. Pelik la kau ni." Samira hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Muazara mengerutkan dahinya tanda marah dengan gurauan Samira.
"Sorry la. Aku tak berminat la dengan lelaki. Aku lebih suka kucing," jawab Muazara.
"Okey, aku nak tengok sampai bila kau boleh tahan diri kau daripada suka kat lelaki." Samira seolah-olah mencabar.
# # # #
"Okey, pelajar semua. Sila beri perhatian." Cikgu Jamiel mengarahkan semua pelajar memberikan tumpuan ke arahnya.
"Nampaknya, hari ini ada penghuni baru yang akan masuk ke kelas kamu. Okey, Aliyyu. Sila perkenalkan diri anda di depan kawan-kawan." Cikgu Jamiel menyuruh Aliyyu memperkenalkan diri.
"Konichiwa! Watashi no namae wa Aliyyu Hawari desu. Dozo yoroshiku." Aliyyu berkata dengan lancar. Semua pelajar di dalam kelas itu melopongkan mulut dan mata mereka terkebil-kebil seperti ayam berak kapur.
"Woi, Arwa. Apa yang dia cakap tu? Kau kan tau bahasa Jepun." Samira mencuit lengan Muazara sambil membisikkan sesuatu.
"Ala, tak payah la kau tanya aku. Cuba tengok muka semua orang yang ada dalam kelas nie. Semuanya macam orang bodoh je. Nanti dia sendiri akan bagitau maksud ayat yang dia cakap tadi." Samira hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Opps...gomen ne...Eh, silap. Maaf semua. Sebenarnya, nama saya Aliyyu Hawari. Sila berikan tunjuk ajar ye." Aliyyu cepat-cepat menukar bahasa percakapannya kerana melihat semua pelajar di dalam kelas kelihatan tercengang-cengang.
"Awak nie, kacukan Jepun?" tanya salah seorang pelajar yang berada di meja belakang kepada Aliyyu.
"Tak la," jawab Aliyyu selamba.
"Habis, kenapa awak cakap bahasa Jepun tadi?" giliran Samira pula bertanya.
"Sebenarnya, saya suka bahasa Jepun. Tak sangka, boleh terlepas cakap bahasa Jepun pulak tadi." Aliyyu hanya tersengih.
"Okey, sila duduk kat meja kosong di belakang tu ye," arah Cikgu Jamiel. Aliyyu hanya mengangguk.
"Eh, aku rasa macam kenal la Aliyyu tue. Tapi, di mana yek?" Samira berkata sambil memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, Samira terjerit kecil.
"Hei, apesal kau ni tetiba menjerit? Nasib baik Cikgu Jamiel tak dengar. Kalau Cikgu Jamiel dengar, mampos kau." Muazara menuding jarinya ke arah Samira.
"Aliyyu tue la mamat yang aku jumpa kat pejabat sekolah semalam. Dia pakai T-shirt dengan topi, semalam. Patut la aku tak cam dia tadi." Muazara mencebik mendengar 'omongan' Samira.
'Omong kosong.' Kutuk Muazara di dalam hati sambil tersenyum.
Aliyyu sempat menjeling ke arah Muazara ketika dalam perjalanan ke tempat duduk belakang.
'Cantiknya dia.' Aliyyu sempat lagi memuji Muazara di dalam hati.
# # # #
"Samira, kau tau tak mana Arwa? Aku ada hal penting nak cakap dengan dia la," rayu Zanira.
"Arwa ye? Kau cari je la kat mana-mana port yang ada kucing. Mesti dia ada kat situ," sela Samira.
"Ala, dah cari. Kat kantin, dewan makan, pondok istirehat. Semua tempat yang strategik untuk kucing melepak dah aku cari. Tapi, tak jumpa pun dia." Zanira berkata dalam nada manja.
"Hish, kat mana lagi dia pergi waktu rehat camni yek?" Samira memikirkan sesuatu sambil menggosok-gosokkan dagunya. Ala-ala tokoh korporat gayanya.
"Hah, ada lagi satu tempat yang dia suka 'hinggap' waktu-waktu camni." Samira teringat sesuatu.
"Kat mana?" tanya Zanira dengan manja lagi.
"Kau cari dia kat pusat sumber sekolah. Mesti dia ada kat sana," jawab Samira.
"Okey, aku pergi dulu ye." Zanira terkedek-kedek macam itik berjalan menuju ke pusat sumber.
'Eee...gediknya dia. Macam 'Ruan' dalam anime "Help Me Moon Guardian" je dia tue.' Samira mencebik melihat gelagat Zanira.
# # # #
'Ni ke pusat sumber?' Zanira melilau-lilau mencari sesuatu.
'Haah, betul la.' Matanya terfokus ke arah satu papan tanda yang tertulis 'Pusat Sumber Sekolah'.
'Ini la first time aku langkahkan kaki masuk kat sini. Eee, aku tak suka masuk kat tempat camni. Pening kepala aku tengok banyak buku.' Rungut Zanira di dalam hati. Pandangan matanya menunjukkan seolah-olah dia jijik sangat dengan buku.
Semasa Zanira sedang mencari-cari Muazara, anak matanya tiba-tiba menjadi besar sedikit daripada biasa. Nak tau apa yang Zanira nampak? Sudah tentu la bukan Muazara. Fikirannya tidak lagi memikirkan tentang Muazara sebaliknya diganti dengan mamat yang telah menyebabkan anak matanya menjadi besar.
'Alamak, ada mamat hensem kat sini la. Aku nak touch up la sekejap.' Zanira terkedek-kedek berjalan keluar dari pusat sumber.
Sesudah sampai di luar, Zanira cepat-cepat mengeluarkan compact powder yang sering disimpan di dalam poket bajunya. Lantas Zanira menyapunya ke muka. Selepas touch up, Zanira melangkah masuk semula ke dalam pusat sumber dengan gaya 'cat walk' menuju ke arah Muazara.
"Hai, Arwa. Apa yang kau buat kat sini?" tanya Zanira.
"Aku tengah makan nie. Jemput makan sekali," jawab Muazara sekadar bergurau.
"Mana ada orang makan buku. Merepek je kau nie," balas Zanira.
"Hah, tau pun. Dah nampak buku 'terhidang' kat depan aku nie, mesti la nak ulangkaji." Muazara mengetap bibir.
"Wah, rajinnya kau. Ulangkaji subjek 'Chemistry' lagi tue," usik Zanira dalam nada memerli.
"Apehal kau cari aku kat sini? Mesti nak tanya something," tanya Muazara dengan malas.
"Macam tau-tau je kau ni." Zanira tersengih-sengih.
"Aku tau la. Orang macam kau, takkan masuk kat tempat-tempat camni. Lagipun, aku tau, pusat sumber ini takkan termasuk dalam senarai tempat favourite kau," jawab Muazara acuh tak acuh.
"Sebenarnya kan, cuba kau tengok mamat yang kat depan kau itu." Muazara mengangkat muka dan memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Zanira.
"Hmm...kenapa dengan mamat tu?" tanya Muazara sambil menguap.
"Dia kawan sekelas kau, kan? Kau tak nak perkenalkan dia kat aku ke?" Zanira cuba memancing minat Muazara.
"Ooo...kau nak berkenalan dengan dia la?" Zanira mengangguk laju mendengar pertanyaan Muazara.
"Aliyyu, meh sini." Muazara memanggil Aliyyu.
'Wah, Zara panggil aku la. Seronoknya!!!' Aliyyu melangkah laju menuju ke arah Muazara dan Zanira.
"Apehal awak panggil saya? Ini la first time awak cakap dengan saya semenjak saya bersekolah kat sini." Aliyyu berasa terharu.
"Hah, jangan nak perasan. Ini ada orang nak berkenalan dengan awak." Muazara menunjuk ke arah Zanira.
"Lagi satu, jangan perkenalkan diri dalam bahasa Jepun. Kawan saya ini tak paham. Jenuh pulak saya nak explain kat dia." Muazara mengingatkan Aliyyu.
"Hait," Aliyyu mengangguk dan mengangkat tangan macam askar Jepun tanda hormat bila dapat arahan daripada pegawai atasan.
"Hai, nama saya Nora Zanira. Awak nak panggil Nora ke, Erra Fazira ke, Ning Baizura ke, saya tak kisah. Saya suka semua." kata Zanira dengan lancar.
"Awak punya ayat itu macam dalam cerita 'Puteri' la," usik Aliyyu.
"Haah, memang pun. Saya suka cerita tu. Awak pun tengok ke?" Zanira bernada manja.
'Eee...dia suka cerita itu? Patut la gedik semacam je. Macam klon Nora Danish je.' Aliyyu bermonolog.
"Apa awak tanya tadi? Sorry, saya berangan tadi."Aliyyu cuba melayan Zanira dengan baik.
"Awak pun tengok cerita tu ke?" Zanira mengulang semula soalan tadi.
"Tak tengok. Adik saya yang tengok. Saya cuma pernah terdengar je ayat yang awak sebut tadi." Muka Aliyyu mula berubah sedikit.
"Ah, tak kisah la. Apa nama awak? Awak belum perkenalkan diri kat saya lagi." Zanira membuka topik utama perbualan mereka semula.
"Oh, terlupa pulak. Nama saya Aliyyu Hawari. Awak boleh panggil saya Aliyyu. Hmm...selamat berkenalan." Aliyyu menghulurkan tangan ingin bersalam tanda persahabatan. Zanira ingin menyambut huluran Aliyyu tetapi tak jadi kerana terdengar seseorang berdehem.
"Hei, bukan muhrim tak boleh salam la." Muazara mengingatkan mereka berdua.
"Opps...terlupa pulak." Aliyyu dan Zanira menjawab serentak dan akhirnya mereka berdua ketawa.
"Okey la. Saya nak chow dulu. Korang berdua berbual-bual la yek. Lagipun, loceng dah berbunyi. Sayonara..." Muazara cepat-cepat mengemaskan buku.
"Zanira, kita berbual sambil jalan balik kelas la yek." Aliyyu mengajak Zanira tapi sempat lagi menjeling ke arah Muazara.
"Okey," Zanira menjawab dengan manja.
'Hek eleh, nak berbual sambil jalan balik kelas konon, Nyampah aku!' Bisik Muazara.
# # # #
"Okey, pelajar sekalian. Minggu depan cikgu akan buat ujian lisan untuk kamu semua. Hari ini, cikgu akan bahagi-bahagikan kamu semua secara berpasangan." Cikgu Jamiel pun menyebut nama seorang demi seorang bersama pasangannya.
"Ingat, markah ujian lisan ini akan dinilai secara perseorangan. Sesiapa yang cakap lebih banyak dan lancar, orang itu la akan dapat markah lebih banyak. Semua pelajar mestilah sudah bersedia sepenuhnya minggu hadapan." Semua pelajar mengangguk tanda faham akan arahan Cikgu Jamiel. Sebaik sahaja Cikgu Jamiel selesai bercakap, loceng pun berbunyi.
"Bangun. Terima kasih, cikgu." Kata Bariq, selaku Ketua Kelas.
"Eee, bertuahnya kau, Arwa. Dapat berpasangan dengan Aliyyu yang hensem itu untuk oral ni." Samira menjerit kegirangan.
"Ah, tak seronok la. Aku lebih suka berpasangan dengan kau," celah Muazara.
"Kau nie, apa-apa pun mesti nak dengan aku. Kau cuba la berpasangan dengan Aliyyu dulu. Belum cuba belum tahu. Entah-entah nanti kau lebih suka berpasangan dengan Aliyyu daripada aku," usik Samira.
# # # #
"Hei, Arwa. Kau nak pergi mana?" tanya Samira apabila melihat Muazara tergesa-gesa.
"Aku nak pergi library la. Nak bincang pasal oral dengan Hawari." Muazara berhenti seketika.
"Nak bincang ke nak dating?" Samira tersengih-sengih.
"Nak bincang la. Hish, takde masa aku nak dating-dating ni. Kau nak ikut tak?" Muazara sempat bertanya.
"Tak nak la. Aku tak nak kacau daun," Samira mengenyitkan matanya.
# # # #
"Awak ni kelakar la," Zanira ketawa sambil memukul tangan Aliyyu dengan lembut. Muazara yang berada di belakang mereka mencebik melihat gelagat mereka lantas dia pun berdehem.
"Ehem...ehem...Awak ni nak dating dengan Zanira atau pun nak bincang pasal oral dengan saya?" tanya Muazara dengan senyuman hambar. Aliyyu kelihatan terperanjat melihat Muazara tercegat di hadapannya.
"Opps...sorry ganggu korang nak study. Saya pergi dulu ye, Aliyyu." Zanira bangun dari kerusi dan terus berjalan ala-ala cat walk keluar dari pusat sumber.
"Sorry la ganggu date korang tadi," perli Muazara. Aliyyu tesipu-sipu malu apabila diperli sedemikian.
'Alamak, Zara nampak aku berdua-duaan dengan minah gedik tue la. Habislah reputasi aku. Mesti lepas ni Zara tak nak dekat dengan aku. Aku mesti cari jalan untuk pikat dia.' Aliyyu menepuk dahi selepas berbisik sendirian.
"Apesal awak ni?" tanya Muazara apabila melihat Aliyyu menepuk dahi.
"Takde pape. Tadi ada nyamuk kat dahi ni, saya pun pukul la." Aliyyu memberi alasan.
"Pasal oral ini, topik apa yang kita nak cerita kat depan kelas nanti?" tanya Muazara tanpa berlengah lagi.
"Saya dah fikir semalam. Saya harap awak pun setuju dengan topik ni." Aliyyu menjawab.
"Topik apa?" Muazara tidak sabar-sabar.
"Kucing," Aliyyu menjawab selamba.
"What? Kucing? Tapi, kenapa pilih kucing? Awak dah hilang akal ke?" Muazara bertanya bertubi-tubi. Tetapi dalam hatinya berbunga kerana seronok.
"Saya waras lagi la. Saya rasa, ini la topik yang paling sesuai sekali. Lain daripada yang lain. Takde orang pernah buat topik ni dalam oral. Lagipun, saya memang sukakan kucing. Awak setuju kalau buat topik ni?" terang Aliyyu dengan panjang lebar. Muazara mengangguk laju apabila mendengar perkataan 'kucing'.
'Hawari suka kucing? Dia ada ciri-ciri lelaki idaman aku la. Wah, ini yang aku nak admirer kat dia.' Muazara bermonolog di dalam hati sambil tersenyum-senyum sendirian.
# # # #
"Wei, esok Valentine's Day. Kau tak nak bagi coklat kat orang yang special ke?" tanya Samira sambil menyiku tangan Muazara.
"Mesti la. Aku nak bagi Whiskas kat kucing aku. Special Whiskas. Kau pulak tak nak bagi hadiah special kat Syamlan ke?" usik Muazara.
"Of course la aku nak bagi. Aku nak reka poem khas untuk dia." Samira tersengih-sengih.
"Eh, hello. Kita dah terkeluar topik ni. Aku bukannya maksudkan kucing, tapi orang la. Kau tak nak bagi hadiah Valentine's kat Aliyyu ke?" Samira mengingatkannya.
"Bagi hadiah Valentine's kat Hawari? Hmm...menarik tue." Muazara mengangkat sebelah keningnya tanda kehairanan. Samira mengangguk.
"Hmm, ade..." Muazara tersenyum penuh muslihat.
"Apa dia?" Samira ingin tahu.
"Kau tunggu je la esok." Muazara sengaja berahsia.
# # # #
"Hei, Aliyyu. Ada orang nak jumpa kau la. Dia tunggu kau dekat luar kelas. Dia ada pegang hadiah. Mesti dia nak bagi kau. Wah, bertuahnya kau hari ni." usik Adihim. Aliyyu terus berjalan keluar tanpa menghiraukan usikan Adihim.
"Hai, Aliyyu. Happy Valentine's Day." Zanira terus menghulurkan hadiah yang dipegangnya kepada Aliyyu sebaik sahaja Aliyyu muncul di depannya.
"Arigatou gonzaimasu." Aliyyu mengucapkan terima kasih. Zanira tersenyum riang kerana Aliyyu menerima hadiah pemberiannya walaupun dia tak paham apa yang dikatakan oleh Aliyyu sebentar tadi.
"Okey, saya balik kelas dulu." Zanira berjalan menuju ke kelas setelah berkata demikian. Aliyyu hanya mengangguk.
"Hei, cepat la bukak hadiah tu. Tak sabar-sabar kitorang nak tengok apa yang minah gedik itu bagi kat kau," usik Adihim lagi. Semua pelajar lelaki di dalam kelas itu datang mengerumuni Aliyyu. Aliyyu lantas membuka pembalut hadiah itu dengan berhati-hati.
"Wah, ada frame gambar bentuk 'love'. Siap ada gambar 'minah gedik' tengah posing dalam frame tu." Adihim mengutuk Zanira. Tiba-tiba, dua helai kertas terjatuh ke lantai. Aliyyu membacanya.

Saya harap awak simpan la frame gambar ini elok-elok. Dalam kertas satu lagi, ada sajak saya reka khas untuk awak. Awak hayati la sajak itu ye...
- Nora Zanira -
Aliyyu pun membaca kertas yang satu lagi.

Hati Ini
Angin sepoi-sepoi bertiup lembut
Menyentuh hati yang sunyi
Kedengaran lagu-lagu sentimental dari corong radio
Telah menyentuh hati dan perasaan
.Mengingatkan aku pada dirimu
Detik pertemuan pertama
Membuatkan aku mula jatuh cinta padamu
Gerak gerimu yang menyentuh perasaan
Cara kau berpakaian
Telah menarik aku untuk admirer padamu
Sekiranya kau juga rasa apa yang aku rasakan ini
Katakanlah...
Sesungguhnya aku teramat menyayangimu.

"Wah, tak sangka jiwang jugak si Zanira itu yek," ejek Disan pula. Semua pelajar lelaki yang mengerumuni Aliyyu ketawa akhirnya mendengar ejekan Disan.
"Woi, korang buat apa kumpul ramai-ramai kat tempat Aliyyu? Lepas tu, gelak-gelak pulak," tegur Samira.
"Kitorang tengah gelak pasal benda ini." Disan menghulurkan sekeping kertas pada Samira.
"Minah gedik tu yang bagi kat Aliyyu sajak ni," sampuk Adihim pula. Samira membaca sajak itu dengan teliti.
"Aliyyu, aku pinjam poem ni kejap ye." Samira meminta. Aliyyu hanya menganggukkan kepalanya. Samira berlari ke arah Muazara.
"Arwa, tengok ni. Kau dah ada pesaing la," kata Samira bersungguh-sungguh sambil menunjukkan sekeping kertas yang berada di tangannya.
"Pesaing? Sape?" Muazara kehairanan.
"Poem ni, Zanira yang tulis. Dia reka khas untuk Aliyyu," terang Samira dengan bersungguh-sungguh. Muazara membaca sajak itu. Selesai membaca, Muazara pun bangun dari tempat duduknya.
"Kau nak pergi mana pulak?" Samira memandang Muazara dengan muka yang berkerut.
"Aku nak pulangkan balik kertas ini kat tuannya semula," jawab Muazara.
"Pulangkan? Kat Zanira ke Aliyyu?" Samira bertanya soalan bodoh.
"Hawari la..." Muazara menjawab selamba.
"Tapi, kau tak jealous ke?" tanya Samira lagi. Muazara cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
'Hish, dia ni selamba je aku tengok. Aku tau, dia pun suka dekat Aliyyu.' Rungut Samira di dalam hati.
"Eh, Arwa. Nanti dulu. Kau dah bagi ke hadiah valentine dekat Aliyyu?" Samira masih tak puas hati melihat muka selamba Muazara.
"Opps...aku lupa la. Nasib baik kau ingatkan aku." Muazara menepuk dahi.
"Tolong ambikkan bawah meja aku tu." Muazara menyuruh Samira.
Samira berlari ke arah meja Muazara dan dia cepat-cepat mengambil hadiah itu. Samira mengikut Muazara pergi ke arah Aliyyu.
"Nah, awak punya poem." Muazara meletakkan sekeping kertas di atas meja Aliyyu.
"Aik? Camner boleh ada kat awak pulak?" Aliyyu seakan-akan tidak percaya. Tiba-tiba muncul Samira di belakang Muazara dengan muka yang tersengih-sengih.
'Alamak, kantoi. Apesal dia bagi Zara baca poem itu?' Aliyyu merungut sendirian.
"Poem ni romantik sangat. Kalau saya lelaki, mesti saya dah terpikat kat poem ni." Muazara memberi komen.
"Aliyyu, ini ada hadiah untuk awak. Arwa yang bagi." Tiba-tiba Samira menyampuk. Samira sempat menjeling ke arah Muazara setelah berkata demikian.
"Ye ke? Bak sini." Mata Aliyyu kelihatan bersinar-sinar melihat hadiah pemberian Muazara.
"Nanti. Tak payah la bukak kat sini." Muazara berasa malu.
"Tapi, saya dah..." Aliyyu tidak menghabiskan ayatnya. Dia hanya menudingkan jarinya ke arah kotak tanpa pembalut hadiah.
"Takpe la. Awak teruskan je la bukak hadiah tu." Muazara cuba menahan ketawa.
"Eee...apa ni?" Samira terjerit manakala Aliyyu pula tercengang-cengang melihat isi kandungan kotak kecil tersebut. Muazara terus ketawa terbahak-bahak selepas melihat reaksi spontan daripada Aliyyu dan Samira, Samira terus lesap entah ke mana selepas menjerit.
"April Fool!!! Eh, bukan. Valentine's Fool..." Muazara terus menyambung ketawanya.
"Saya harap awak simpan la serangga itu elok-elok ye. Awak tau tak, penat saya cari kat hutan simpan belakang rumah saya tau." Muazara berkata dalam keadaan ketawanya yang masih berbaki.
"Saya suka serangga. Tak sangka, awak hadiahkan saya pelbagai jenis serangga. Saya akan jaga serangga ini dengan baik. Kalau serangga ini mati, saya akan awetkan dia. Saya tak sanggup nak buang hadiah pemberian awak. Arigatou gonzaimas sebab berusaha payah carikan serangga ini untuk dihadiahkan kat saya," kata Aliyyu dengan panjang lebar.
Muazara kelihatan terkejut mendengar Aliyyu berkata sedemikian. Dia ingin berlalu pergi tapi terhenti kerana Aliyyu memanggilnya semula.
"Lagi satu, saya suka tengok awak ketawa tadi. Nanti awak ketawa la lagi camtu kat saya. Kat saya sorang je, tau." Aliyyu sempat lagi memesan.
# # # #
"Misa, waktu rehat tadi, kau pergi mana?" Muazara berasa risau,
"Aku pergi jumpa Syamlan la. Aku bagi dia poem yang aku rembat dari dalam majalah. Aku tipu dia, aku kata, poem itu aku yang reka sendiri. Kau tau apa respon dia?" Samira berteka-teki. Muazara hanya menggeleng-gelengkan kepala apabila mendengar pertanyaan Samira.
"Dia kiss aku," Samira menjawab bersungguh-sungguh,
"Apa? Kisu?" Mata Muazara terbelalak.
"Bukan kisu. Kiss la," Samira membetulkan percakapan Muazara,
"Kisu tu dalam bahasa Jepun. Kisu tu, maknanya kiss la." Muazara sempat lagi menerangkan pada Samira.
"Eh, aku pergi dulu." Muazara bangun dari kerusi.
"Nak pergi mana?" tanya Samira macam orang bodoh.
"Nak pergi bagitau guru disiplin sebab korang buat maksiat dalam kawasan sekolah." Muazara mula mengorak langkah.
"Eh, nanti dulu. Aku gurau jek. Takkan la aku sanggup buat macam tu dekat sini." Samira sempat menghalang Muazara. Muazara duduk semula di kerusinya.
"Eh, kenapa kau bagi serangga kat Aliyyu masa valentine's day ni? Aku geli la dengan serangga." Samira mula membuka topik.
"Sorry la ye, Misa. Aku tak tau kau geli kat serangga. Kalau aku tau, awal-awal lagi aku takkan biarkan kau terlibat dalam rancangan aku. Sebenarnya, aku saje je nak kenakan Hawari. Tengok-tengok dia kata, dia suka serangga. Tak menjadi idea aku." Muazara menumbuk dinding.
"Auch...sakitnya." Muazara mengaduh kesakitan.
'Padan muka kau. Suka sangat mengenakan orang.' Bisik Samira di dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
# # # #
"Zara, tunggu." Aliyyu memanggil Muazara.
."Apehal? Cepat la sikit. Nanti driver tinggalkan saya pulak," gesa Muazara apabila melihat Aliyyu berjalan lambat-lambat ke arahnya.
"Driver?" tanya Aliyyu sebaik sahaja berada di depan Muazara.
"Driver bas la. Saya tengah kejar bas ni." Muazara berasa gelisah.
"Nah, present untuk awak." Aliyyu menyerahkannya tanpa berlengah lagi.
"What is this?" Muazara kehairanan.
"This is present, you know?" balas Aliyyu sambil ketawa. Muazara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Eh, apa yang tercegat lagi ni? Cepat la pergi hambat bas tu. Nanti terlepas pulak. Jangan salahkan saya kalau bas terlepas." Aliyyu menggesa.
"Iye...iye..." Muazara mengangguk-angguk seperti burung belatuk.
# # # #
"Alamak, aku lupa nak ucap terima kasih dekat Hawari sebab bagi hadiah kat aku." Muazara menepuk dahi.
"Apa benda ni?" Muazara merenung hadiah pemberian Aliyyu.
"Ah, bukak je la." Muazara membuka hadiah itu tanpa berlengah lagi.
"Wah, album gambar rupanya. Tapi, gambar sape dalam album ni?" bisik Muazara seorang diri. Muazara terus membuka album gambar tersebut.
"Ada poem la..." kata Muazara sebaik sahaja dia membuka album gambar itu. Muazara terus membacanya.

Cintaku
Arwa Muazara
Tahukah kau
Sejak pertama kali kita berjumpa
Jiwaku telah tersentuh
Oleh sinaran matamu
Senyuman yang menggoda terukir di bibirmu
Seolah-olah telah membangunkan
Rasa rindu yang membuak-buak
Sejak hari itu
Hati ini sentiasa mengharapkan
Lafaz cinta darimu
Namun
Engkau tidak menyedari
Kehadiranku di sisimi
Lalu, aku berpura-pura melayan gadis lain
Untuk membuat kau berasa cemburu
Tapi kau tetap bersikap selamba
Aku takkan memaksa dirimu
Untuk menerimaku menjadi hak milikmu
Kerana aku sedar
Aku bukanlah putera idamanmu
Aku seorang yang lemah
Jika hendak dibandingkan denganmu
Hanya satu yang inginku beritahu padamu
Sesungguhnya aku mencintaimu
Sangat mencintaimu...

Muazara tiba-tiba menangis setelah membaca sajak tersebut. Selang beberapa minit kemudian, dia ketawa.
"Tak sangka, orng macam Hawari boleh reka sajak cinta camni." Muazara terus menyelak halaman seterusnya. Matanya kelihatan terbeliak.
"Wow, gambar kucing la. Comelnya..." Muazara terus menyelak lagi. Terdapat berbagai-bagai jenis gelagat kucing di dalam album tersebut. Muazara berasa sungguh terharu. Muazara melihat ada sekeping kertas lagi berada di halaman belakang di dalam album. Lantas dia terus membacanya lagi.

Comel tak kucing-kucing dalam album nie? Saya la photographer untuk semua kucing ni. Saya buat semua ini untuk awak. Saya harap awak sudi terima dan simpan la elok-elok gambar tu ye. Lagi satu, saya nak tanya, will you be my only angel?
- Aliyyu Hawari -

# # # #
"Hawari, terima kasih untuk hadiah awak tu. Saya suka sangat," ujar Muazara bernada ceria.
"Awak suka yang mana satu? Gambar kucing ke poem?" Aliyyu bertanya.
"Of course la gambar kucing. Rasa terharu pun ada gak. Tapi, macam mana awak tau saya suka kucing?" Muazara menjawab laju.
"Saya upah spy. Mahal betul bayaran nak upah spy," jawab Aliyyu dengan selamba.
"Kalau awak tak keberatan, boleh tak bagitau sape spy awak?" Muazara berkata lambat-lambat.
"Awak nak tau?" Aliyyu tersengih-sengih. Muazara mengangguk laju mendengar pertanyaan Aliyyu.
"Samira. Kawan awak, Samira la yang bagitau segala-galanya tentang awak." Aliyyu tersenyum sahaja apabila melihat muka Muazara mula berubah.
"Awak terharu tengok gambar kucing je ke? Poem tu, awak tak terharu? Penat saya reka sendiri khas untuk awak," Aliyyu cuba mengubah topik.
"Kenapa tak buat poem tu dalam Japanese? Kata suka sangat cakap Bahasa Jepun," perli Muazara.
"Memang la suka tapi saya takut awak tak paham pulak kalau saya tulis poem dalam Jepun," perli Aliyyu pula. Muazara hanya mendiamkan diri sahaja. Dia malas hendak bertekak.
"Opps...sorry...Saya bukannya nak cari gaduh dengan awak. Kertas yang kat belakang itu, awak ada baca tak?" Aliyyu bertanya setelah melihat Muazara hanya mendiamkan diri.
"Dah," ringkas sahaja jawapan Muazara.
"Jadi, apa jawapan awak?" Aliyyu ingin tahu.
"Jawapan? Awak ada tanya soalan ke?" Muazara berpura-pura tidak tahu.
"Astagfirullahal'azim...Saya ada tanya awak, will you be my only angel? So, apa jawapan awak?" Aliyyu bertanya lambat-lambat.
"Hah, itu yang saya tak paham. Camner saya nak jawab soalan awak sedangkan satu habuk pun saya tak paham apa benda soalan awak tue." Muazara menerangkan keadaan sebenar.
'Hish, lembap la pulak Zara ni. Aku dah la lemah bab-bab nak luahkan perasaaan ni. Camner pun, aku kena jugak terang kat dia.' Aliyyu berkata dalam hati.
"Sebenarnya, sa...saya...nak...a...awak jadi girl...girlfriend saya...Awak su...sudi tak?" tanya Aliyyu tergagap-gagap kerana gugup.
"Oh, awak nak saya jadi girlfriend awak. Itu je ke?" Muazara berkata selamba.
'Aik? Selamba je dia? Dia sudi ke?' Aliyyu tersenyum.
"Hah? Awak nak sa...saya ja...jadi...girl...friend...a...wak? Biar betul?" Muazara pula yang tergagap-gagap.
"Betul la. Saya tak pernah main-main dalam soal hati dan perasaan. Sudi ke?" Aliyyu tidak sabar-sabar.
"Hmm...sudi ke tak? Hmm...jap nak pikir..." Muazara memejamkan matanya. Tanda berfikir.
'Aduh, baru nak fikir? Macam tak sudi jek.' Aliyyu bermonolog dalam hati. Dia berasa susah hati.
"Okey, dah fikir dah. Jawapannya...errr...saya sudi je la." Muazara memberi kata putus.
"Ceh, macam tak sudi je jawapan tue." Aliyyu berpura-pura merajuk.
"Takde la. Saya memang sudi. Saya je buat muka cam tak sudi. Hehehe.." Muazara tersengih.
"Papepun, yaahoo...Akhirnya awak sudi jugak terima saya." Aliyyu melompat keriangan.
"Boleh tanya satu soalan tak?" Muazara tergagap-gagap.
"Seribu soalan pun awak boleh tanya saya," pantas sahaja Aliyyu menjawab.
"Apa yang akan jadi pada Zanira? Kesian dekat dia. Zanira kan suka kat awak." Muazara bersimpati.
"Dari dulu lagi saya dah bagitau kat dia. Saya dah ada orang yang teristimewa dalam hati dan hidup saya. Dia tetap nak pikat saya jugak. Nasib dia la. Lepas ni, saya nak umumkan kat semua orang, awaklah orang istimewa yang ada dalam hati saya." Aliyyu menjawab dengan gembira, Muazara tertunduk malu.
- The end -